
Bismillah walhamdulillah.
Selawat dan salam buat Junjungan mulia Rasulullah s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.
Aku ingin menjadi sepertinya,
menjadi buah hati Rasullah s.a.w,
menjadi Puteri kesayangan Baginda,
Sirah hidupnya seorang yang qanaah.
Seorang isteri dan anak yang soleha,
seorang yang terpuji dengan kesabaran
kesabaran menjadi tradisinya,
Kuat menharungi kehidupan,
mempunyai jiwa belas kasihan
selalu memelihara kesucian diri.
lidahnya tidak bergerak kecuali berkata kebenaran
membalas kejahatan dengan kelembutan
selalu memuji ALLAH swt,
gelaran al-batul menjadi miliknya.
kerana kesempurnaan dan kepasrahannya kepada Allah swt.
Dialah Fatimah az Zahra puteri Rasulullah SAW.
Fatimah mengaminkan sabda baginda :
""""
'' Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang, Allah mengenal mereka.akn tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui jati diri mereka. mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengetahuan.kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim.mereka adalah orang-orang yamng mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar.""""""Rasulullah membaca ayat yang diturunkan Allah dihadapan Fatimah
janganlah kau jadikan harta benda dan anak-anak sebagai suatu yang menakjubkan dirimuNasihat suaminya Ali r.a
(at-Taubah ayat 85)
dan janganlah sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah kami berikan kepada beberapa golongan diantara mereka sebagai bunga kehidupan didunia
(Taha:ayat131)
fatimah sentiasa mengingati nasihat suaminya
"'' hendaknya kau memiliki harapan dalam menjalani kehidupan ini, akan tetapi jangan kau muarakan harapanmu kepada manusia. kerana harapanmu kepada para manusia hanya akan membuatmu bercerita kata manis dan sikap kepura-puraan. sedang ketidakperluanmu kepada mereka akan menjadikan harga dirimu terpelihara serta kemuliaanmu kekal abadi.""''
apabila kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepada kita, redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita..maka perhalusi jiwa bahawa Allah sentiasa bersama kita, cukuplah hanya Allah bagi kita, pasti akan Bertemu Ketenangan.
menitis air mata membaca sirah kehidupan puteri rasulullah ini , fatimah membesar dan menjadi saksi hidup perjuangan baginda, beliau melihat, mendengar dan merasakan setiap derap pergolakan dakwah baginda. Dan yang pastinya hati merasa cemburu denganya, namun jauh di sudut hati menyedari jauh sama sekali untuk membandingkan diri denganya..diri yang serba kekurangan, banyak kedaifan,..aku tidak mampu menjadi sepertinya, namun begitu Allah masih memberi peluang untuk mencontohinya..ya Allah beri hamba kekuatan untuk menjadi orang yang sentiasa berusaha mencontohinya untuk meraih cinta MU.
sekadar ini dulu perkongisan ana moga bermanfaat buat pembaca.
sumber bahan bacaan : BUKU KISAH CINTA DALAM AL-QURAN
(Bab 8, cinta wanita kepada Tuhan mereka)
No comments:
Post a Comment