Search This Blog

Tuesday, May 19, 2009

Taktik, Kepintaran dan Berfikir


CERITA SATU


Sebuah kisah yang berlaku di bandar Rasyid semasa bilangan orang-orang yahudi belum ramai. Terdapat seorang lelaki yahudi yang telah menjual rumahnya kepada seorang penduduk tempatan.Beberapa tahun kemudian lelaki yahudi tersebut datang kembali ke rumah yang sudah dijualnya itu lalu membuat dinding dan bumbung diatas rumah tersebut. lelaki tempatan, pemilik rumah tersebut bertanya : "Apa yang kamu lakukan ini?" jawab lelaki yahudi :"Aku datng kesini agar aku dapat membina". lelaki tempatan itu hairan dan bertanya lagi : "Bina apa?". Lelaki yahudi menjawab;" "Aku membina tingkat baru diatas rumah kamu". pemiliki rumah berkata lagi:"Aku sudah pun membeli rumah ini bayaranya sudah pun aku beri kepada kamu sejak beberapa tahun lalu". kata lelaki yahudi :"Benar, tetapi aku hanya menjual rumah ini kepada kamu, maka aku masih berhak untuk membina rumah diatas rumah ini walau beberapa buah lagi"


CERITA DUA


Cerita ini berlaku sebelum bumi Palestin dijajah. Sayyidina Uthman bin Affan r.a sudah masak benar dengan tipu helah yahudi itu. Sewaktu beliau menyandang jawatan khalifah beliau telah mendapati seorang yahudi cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan air perigi miliknya sebagai salah satu wadah untuk menyekat kemaraan dakwah islam. Tanpa membuang masa beliau terus meminta untuk membeli perigi tersebut dari lelaki yahudi tersebut tadi untuk kegunaan seluruh kaum muslimin. pada awalnya lelaki yahudi tersebut menolak tawaran khalifah uthman tetapi dia akhirnya bersetuju juga apabila khalifah uthman berkata kepadanya: "Juallah setengah sahaja perigi ini. Bererti kamu ambil airnya selama satu hari penuh dan aku pula mengambilnya satu hari penuh." begitulah kebijaksanaan uthman. kemudian beliau berkata kepada semua umat islam: "Setiap muslim mestilah mengambil air daripada perigi setakat mana yang mereka mahu pada hari yang khusus untukku.". setelah berlalu beberapa hari, lelaki yahudi itu mendapati bahawa orang islam tidak perlu lagi membeli air darinya kerana mereka sudah ada bekalan yang mencukupi. Tiada lagi peluang baginya untuk mengenakan orang-orang islam dengan harga air yang tinggi.

---> Jika dibandingkan cerita diatas cerita 1 dan 2, tentu pembaca tersenyum mebaca cerita yang kedua kan..dan cerita yang pertama tu agak pelik tapi ada benarnya..memang begitulah sikap yahudi..sehingga kini saya pun kagum cara mereka berfikir(THINK OUT OF THE BOX)..kalau kita bandingkan pula zaman kini pemikiran mereka lagi bertambah hebat..mana x nya contoh dari sudut ekonomi mereka bijak menggunakan sumber-sumber yang ada disekeliling mereka, baby yang tidak mengerti apa-apa pun boleh mereka gunakan untuk kepentingan ekonomi mereka..mengapa saya berkata begitu? Sebut produk johnson&baby tentu kita tahu produk ini sangatlah popular dan digunakan oleh baby dalam dan luar negara.(orang dewasa juga gemar menggunakan produk ini).

Mahu beli di market or beli secara online pun ada, mudah bukan..begitulah otak mereka berfikir. Produk ini jauh lebih laris dari produk lain...agak-agaknya sebab apa ya? sebab company produk ini mempromosi produk mereka menggunakan buah fikiran dan berfikir secara (THINK OUT OF THE BOX). Dan hasilnya sehingga hari ini produk ini mampu bertahan lama dipasaran.
dan umat islam hari ini juga sentiasa setia untuk membeli produk ini walaupun tindakan ini sebenarnya membantu menghancurkan saudara kita sendiri di Gaza, Palestin.


Yusuf Qardhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa kita perlu boikot produk israel dan sekutunya namun apa yang pastinya kulihat produk ini masih tersusun indah di market-market.
mahu saja ku hancurkan namun ku tidak punya kuasa.Ya Allah berikan ku ilham bagaimana mungkin harus ku lakukan untuk menghalang produk israel dan sekutunya laris dipasaran....

Ini baru satu produk belum lagi masuk produk lain.huhuhu Bagaimana pula dengan produk-produk islam?agak sedikit dipasaran, kalaupun ada dipasaran selalunya tidak mampu bersaing dengan produk lain dan akhirnya pasaran produk tersebut dihentikan. dan lagi yang sedihnya umat islam sendiri tidak mahu menyokong produk islam.

Berbalik kepada cerita kedua diatas, pada mulanya saya membaca cerita kedua tersebut saya tersenyum memikirkan kepintaran Sayyidina Uthman bin Affan r.a, namun saya berfikir sejenak cerita ini sudah pun berlalu dan kini telah menjadi sirah..di benakku timbul persoalan ada lagi ka insan seperti nya yang mampu menghidu dengan pantas tipu daya musuh-musuh islam?tentunya sirah ini boleh dijadikan panduan bagi kita yang mahu berfikir..sama-sama kita sentiasa menggunakan akal untuk berfikir demi islam..

Jika benar kita sayangkan islam, jika benar kita sayangkan saudara seaqidah kita di Gaza, palestin dan diseluruh dunia ambillah ikhtibar dari cerita lelaki yahudi tersebut dan Sayyidina Uthman bin Affan r.a, Lalu apa yang aku lakukan hari ini? hanya ini yang aku termampu untuk kali ini:

KATAKAN TAK NAK BELI PRODUK JOHNSONS BABY




No comments:

Wahai Jiwa

Tenanglah..... Bila engkau yakin Allah itu bersamamu Pasti Qolbu mu dapat merasakan bertapa luasnya kuasa Rabb   y...