Search This Blog

Tuesday, May 5, 2009

Balik kampung...

BISMILLAH..

Al-hamdulillah, selawat dan salam buat insan yang sangat dirindui dan dikasihi, peyuluh alam diwaktu kegelapan dunia sangat berhajat kepadanya tidak lain junjungan Besar Rasulullah SAW. keluarga baginda, para sahabat dan pejuang yang sentiasa tegakkan kebenaran dan muslimin, muslimat tidak kira walau dimana berada.

Alhamdulillah exam yang lepas telah berlalu, tidak dapat dinafikan paper major saya agak berat, asalnya bukan major networking dipohon tapi takdir mengatasi segala permohonan major sistem maklumat ditolak, saya masih ingat lagi awal sem yang lepas fakulti agak kecoh dengan penutupan 3 subjek major, yang agak pelik tiada siapa yang tahu pihak mana yang bertanggungjawab diatas penutupan subjek major tersebut. penat sudah turun naik lif bersama sahabat lain untuk mmembincangkan perihal subjek major namun fakulti telah keluarkan keputusan muktamad ,penasihat akademik, ketua jabatan juga sudah tidak dapat menolong, saya akur dengan hati yang menangis kata terakhir perbincangan bersama penasihat akademik saya hanya mampu berkata 'saya akan cuba bawa subjek major ini'...terasa lemah sedikit, sebut sahaja networking majoriti orang akan kata subjek itu susah, hmm saya hanya mampu berdiam, apapun saya terima semuanya dengan redha..sebabnya salah satu rukun iman beriman kepada qada dan qadar..yang pastinya hanya menunggu result yang bakal keluar..

Maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya tidak sempat berziarah ke kolej kalian sebelum berangkat pulang ke sabah, tentu nya rasa bersalah yang besar sangat saya rasakan, terutama kepada sahabat-sahabat yang akan grad semester ini. perancangan sudah diatur dengan semolek-moleknya untuk ziarah sahabat-sahabat, namun apa yang berlaku diluar jangkaan. terlalu banyak perkara yang perlu disetlekan sebelum pulang, sedikit kesulitan untuk bergerak kehulu dan kehilir kerana saya tidak mempunyai tunggangan, membeli keldai sudah tidak mampu apatah lagi memiliki seekor kuda ataupun kereta berkuda, sebagai tunggangan :) apapun yang mampu insyaAllah doa rabitah dipanjatkan kepada ALLAH akan menjadi penghubung kita .


Saya terpaksa terbang awal ke sabah (2 /5) ramai sahabat-sahabat yang bising sebab saya balik awal :), yang pastinya kepulangan saya ke sabah, bukanlah untuk bersuka-suka ataupun bercuti sakan, tetapi untuk menjalani latihan industri selama 9 minggu..bermula 4 haribulan semalam.yang pastinya latihan industri bukanlah semata-mata hanya untuk mencukupi atau memenuhi syarat mendapat ijazah. sebaliknya LI adalah peluang kita membentuk skill atau kemahiran bekerja untuk masa akan datang..so teramat rugilah kiranya kita mendapat tempat yang agak kurang sumber-sumber yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan kemahiran kita. inilah yang sering dingatkan oleh pensyarah sewaktu mendengar taklimat latihan industri lepas. Harap-harap tempat Li kali ini benar-benar memberi input yang dihajati..amiin.












No comments:

Wahai Jiwa

Tenanglah..... Bila engkau yakin Allah itu bersamamu Pasti Qolbu mu dapat merasakan bertapa luasnya kuasa Rabb   y...