Search This Blog

Wednesday, May 27, 2009

~BUKAN MUDAH~


BISMILLAH


~SOLEHA??~

Sesiapapun pastinya mahu menjadi SOLEHA
Namun tidak semudah yang disangka
Tidak juga semudah dengan sekadar bijak berbicara dan melafaz kata-kata,
Tidak juga semudah mecoret pena dengan kajian, penulisan dan penghayatan.

Ianya memerlukan IHSAN dalam diri
Ianya memerlukan IMAN yang abadi
Ianya memerlukan amalan IKHLAS yang letaknya dalam HATI
Ianya memerlukan INSAF yang berpanjangan bukan bermusim.
Ianya memerlukan USAHA yang ISTIQOMAH
Ianya menuntut PERJUANGAN yang tidak akan berakhir melainkan MAUT menjemput.

Lalu aku menangis dan terus menangis semahunya
Untuk kesekian kalinya mutiara Jernih gugur kebumi lagi
Aku terkenang berita menakutkan yang disampaikan Oleh Rasul tercinta
Begitu ramai kaum HAWA nanti yang akan menghuni NERAKA
Lalu aku menangis lagi dimana kah tempatku nanti???
Di SYURGA indah ataupun di NERAKA yang menggerunkan.
Kadang terasa lemah sejauh mana diri ini mampu?


kepada ALLAH jua tempat mengadu keresahan jiwa


Sesuci titis qatrunada buat gadis seindah penghulu syurga
Maharnya IMAN & TAQWA lalu dihiasi harum tulusnya cinta
Buatmu HAWA ku doakan untaian mutiara SOLEHA
Moga dirimu sentiasa terpelihara dibawah naungan kasih ALLAH yang Esa

No comments:

Wahai Jiwa

Tenanglah..... Bila engkau yakin Allah itu bersamamu Pasti Qolbu mu dapat merasakan bertapa luasnya kuasa Rabb   y...