Search This Blog

Friday, April 17, 2009

Just want to share something……

Alhamdulillah harini semua presentation sudah selesai, pagi tadi present projek data structure, minggu lepas pula oral presentation ana berkaitan research yang telah di buat, hmm ringan sikit beban bolehla ana belek-belek buku untuk peperangan ana yang akan bermula pada 20 haribulan nanti moga-moga cukup peluru dan senjata untuk menghadapi imtihan nanti huhuhu…

Apa yang nak di kongsi degan pembaca kali ini sebenarnya berkaitan dengan research group ana untuk subjek BI ana. group ana conduct research tentang ‘Internet addiction’, biasa je tajuk ni kan. Tapi apa yang penting sepanjang buat research ni banyak juga perkara yang depelajari dan ditemui sedikit sebanyak agak merisaukan ana. Dan perkongsian ini hanyalah sebahagian tidak secara menyeluruh. Terlebih dahulu terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang jauh mahu pun yang dekat, samada interview secara maya ataupun face to face. secara tidak langsung mereka ini membantu dalam meyiapkan research ana…kalian sangat sporting agak jarang kita menggunakan English language dalam interaksi kita setiap hari bukan, tapi bila buat research ni hebat juga sahabat-sahabat ini boleh juga berkomunikasi walaupun bahasa kita agak rojak namun ianya satu usaha untuk meningkatkan kemahiran kita kearah yang lebih baik selepas ini insyaALLAH.. apa yang pasti segala pujian hanya layak kepada ALLAH swt. Dan lagi yang pastinya jika mahu menguasai bahasa inggeris, kita perlu belajar(tatabahasanya) dan mengamalkan bahasa ini dalam rutin harian. kita tidak perlu mengaplikasikan bahasa inggeris ini kedalam subjek matematik ataupun sains disekolah-sekolah.. sebab ianya akan lebih menyukarkan si pelajar untuk menguasai subjek matematik dan sains tersebut. Sejak beberapa tahun yang lalu telah jelas terbukti kajian UNESCO (klik) tetapi malang sekali kajian ini tidak diendahkan.
Macam terkeluar tajuk pula perbincangan di atas :), berbalik kepada perkongsian ana cuba tengok picture di bawah, picture tu menunjukkan salah satu finding group ana mengenai pelajar UTM :






majoriti pelajar utm selalunya menggunakan internet untuk individual website (blog,friendster,face book, tagged dan lain-lain) ramai yang addicted dengan site masing-masing.faktor yang paling utama hanyalah untuk mencari kawan dan untuk berhibur semata(share lagu,game dan lain-lain)..content site memaparkan profile diri, publish gambar menyebabkan ramai yang tertarik untuk developed website/blog sendiri.

Jika dibuat perbandingan site yang kandungannya ke arah pro islam atau isu semasa, info yang berguna dan penyebaran maklumat yang berguna sangatlah kurang, dan kajian menunjukkan majoriti mahasiswa UTM hanya suka berhibur, tidak cakna dengan isu semasa, kalaupun cakna isu semasa hanyalah isu yang berkaitan artis-artis sahaja yang menjadi pujaan.
Ana kurang pasti sejauh mana kelahiran site seumpama ini mampu menyumbang kepada masayarkat, agama dan negara. Ana terfikir alangkah baiknya kalau penggunaan internet untuk website individu oleh pelajar utm yang dominate itu digunakan sebagai medium penyebaran maklumat yang tepat kepada masyarakat tidak sekadar untuk berhibur. Timbul persoalan di kepala ana, bagaimana mahu mengajak pemilik web site ini untuk mengubah content site mereka yer?????????????
Mungkin juga kita sebagai pembaca tidak keluar dari kepompong kita, hanya berlegar memberi comment kepada blog-blog or site yang islamik sahaja ataupun pendek kata blog atau site yang baik-baik sahaja. Sekali sekala kita perlu juga berziarah ke atas site kenalan yang kurang pro-islam, isu semasa dan perkongsian yang tidak berfaedah(namun kuatkan iman jangan sampai berziarah ke site tersebut hingga melalaikan) tidak cukup berziarah sahaja tinggalkan comment membina anda keatas site tersebut . Manatahu dengan izin Allah mungkin melalui comment anda mampu mengubah site yang berunsurkan hiburan dan kurang berfaedah kepada site yang lebih berfaedah kepada masyarakat,agama dan negara :) Bagi yang ada friendster dan seumpamanya gunakan medium ini untuk gegarkan dakwah kalian.

Lagi beberapa perkara yang perlu ditekankan bagi sahabat yang belum mempunyai website ataupun blog segeralah bertindak untuk develop site anda sendiri, free sahaja cuma perlu berkorban masa. sebab samaada sedar mahupun tidak kita mengalami masalah yang agak rumit iaitu ancaman kelahiran berjuta-juta website pornografi(lucah), yang sebenarnya inilah punca utama kerosakan iman muda mudi pada masa kini, yang paling membimbangkan generasi muda remaja dan kanak-kanak terlalu mudah terpengaruh dengan website ini. Ana tidak menyatakan statistik peningkatan web site tersebut disini, pembaca boleh cari di search engine Google kalau mahu tahu statistik tersebut. Dunia sanggup menghabiskan banyak belanja untuk mengasilkan website pornografi kerana keuntungan yang diperolehi pasti berlipat ganda. Bagaiman pula dengan kita nak wat blog yang free pun agak malas..apabila ana bertanya kepada beberapa orang sahabat jwapan nya MALU untuk menulis dan membuat blog..alasan yang tidak releven kan, Malu biarlah bertempat kita masi lagi boleh beralasan dalam keadaan dunia internet menjadi penyumbang keruntuhan umat islam??? cuba bandingkan kelahiran website yang berunsurkan perkongsian yang berguna sangat sedikit berbanding kelahiran website yang melalaikan. so menjadi tanggungjawab kita untuk mengatasi masalah ini denga nberusaha tidak mampu usaha yang besar, usaha yang kecil dengan membuat blog ini pun sudah memadai. sekurang-kurangnya ada jawapan kita apabila berhadapan dengan Allah nanti. kita perlu ingat bahawa internet merupakan satu medium penyebaran maklumat berguna dan paling lebih cepat serta boleh dijadikan medium dakwah yang perlu kita gunakan sebaik mungkin..

Setakatni dahulu perkongsian ana..sebelum tu suka ana mencadangkan beberapa perkara

*Jom kempen bersungguh-sungguh ajak sahabat-sahabat untuk buat blog, galakkan kepada ahli-ahli/ adik-adik usrah untuk menghasilkan blog ataupun site yang seumpama.
* Semoga usaha kita yang kecil ini dapat menambah kelahiran site-site yang berguna di internet

Perkongsian yang mugkin biasa sahaja, tetapi ana berharap kita mengambil serius perkara ini dan menggunakan akal untuk berfikir.

wassalam.










1 comment:

humayyra said...

salam....
betul...betul...betul...
klu x kita sape lg yg nk wat blog kan..
xkan la pck mck yg kat kebun tu nk buat..
tp klu diorg pun buat gak malu lah kita...
pergunakanlah segala nikmat yg Allah kurniakan ni...

Wahai Jiwa

Tenanglah..... Bila engkau yakin Allah itu bersamamu Pasti Qolbu mu dapat merasakan bertapa luasnya kuasa Rabb   y...