Search This Blog

Friday, November 14, 2008

ROBOT



SALAM,

Agak jarang menulis..penulis berfikir banyak kali untuk menghasilkan tulisan,takut tulisan yang dihasilkan membawa kelalaian kpd pembaca, kepada Allah juga penulis berlindung. moga-moga tulisan yang tidak seberapa ini memberi manfaat kepada pembaca.

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang.dan dengan izin dan kusasaNYA ana mampu menggerakakan jari-jari ini untuk menaip key board,menyusun huruf satu persatu dan akhirnya membentuk beberapa ayat-ayat dibawah :)

Tengok video robot ni teringat bisnes idea ana dengan 2 orang sahabat ana,,untuk subjek keusahawanan teknologi..waktu tu semua group kena buat kertas kerja dan wat projek ke Danga bay (tempat reakreasi).ana dan sahabat group ana pun menetapkan satu tarikh untuk mulakan interview pengunjung danga bay,projekni memerlukan kami interview 40 orang,bil lelaki dan perempuan mestilah sama banyak,kena amik gambar,video pula sebagai bukti yang kami benar-benar pergi ke Danga Bay..tujuanya untuk mencari kelemahan dan kelebihan Danga bay,kena create satu idea lagi untuk hasilkan satu produk yang konon-konon diperlukan oleh pengunjung danga bay.sudah berminggu tp idea tak tercetus juga.Pensyarah ana nak idea yang orang lain tak pernah buat and tak pernah terfikir diminda,senang cerita (blue ocean),awal-awal dah dapat warning tak boleh idea tiruan(red ocean). Akhirnya satu malam ditakdirkan Allah ana diberikan ilham untuk memilih tajuk ROBOT PENCEGAH MAKSIAT, robot yang boleh mengesan DNA dan jantina manusia dan akhir sekali boleh mengesan maksiat yang berlaku dan bertindak menggari para pelaku maksiat then robot ada link dengan jabatan Agama,kemudian jabatan agama pun bertindak.emm idea ni tercetus sebab masa ana sampai ke Danga Bay agak menyedih kan susana ceria dihiasi pasangan-pasangan merpati 2 sejoli yang sedang leka,hanyut berDATING dek mangikut telunjuk syaitan laknatullah dan menjadi HAMBA KEPADA NAFSU ketahuilah bahawa musuh yang terdekat adalah hawa nafsu dan syaitan.THE MORAL OF STORY SENTIASALAH BERINGAT BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA ADALAH HAMBA ALLAH BUKAN HAMBA KEPADA NAFSU,SIAPA YANG MENGIKUTI KEHENDAK NAFSUNYA SEMATA-MATA ,MAKA BERTUHANKAN NAFSULAH DIA DEK KERANA MENURUT SEGALA KEHENDAK NAFSU. Sebenarnya syaitan dah bersumpah akan menyesatkan anak cucu adam..emm bukan alang-alang sumpah sisyaitan ini, syaitan itu sangat licik dan menggunakan setiap penjuru untuk menyesatkan kita.

Namun begitu betapa sayangnya Allah terhadap kita telah jelas peringatan Allah kepada kita didalam al-quran yang bermaksud : sungguh syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh,kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penhuni neraka yang menyala-nyala.(surah FATIR :ayat 6) ana sambung cerita lagi, ana nak kongsi cerita sedih kertas kerja robot pencegah maksiat group ana tidak berjaya masuk final bertanding , sekadar mendapat sijil, sedih kan.huhu :(

Tapi Bila difikirkan semula sebenarnya bukanlah tugas robot untuk mencegah maksiat, tetapi kitalah sebagai manusia,didalam surah ali imran ayat :110 kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,kamu menyeru kepada ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman keapada Allah swt,

Hadith nabi : barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, apabila tidak mampu maka dengan lidah,sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hati dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman (RIWAYAT MUSLIM ).
Persoalanya sampai bila kita berada diperingkat yang ketiga hanya membenci didalam hati.diakhir zaman ini dikatakan iman kita senipis kulit bawang atau pagi beriman petang kufur (nauzubillahiminzalik).

sejauh mana kita mencegah kemungkaran??adakah cukup bagi kita sekadar mengajak orang buat kebaikan namun bila melihat kemungkaran seakan buat-buat tak nampak (just membenci dlm hati),ada juga yang berfikir kadang-kadang klu boleh mahu saja jadi macam kura2 kepala dimasukkan kedalam,bila berjalan diluar sana dimana kanan,kiri,depan,belakang maksiat berleluasa.adakah iman kita tidak meningkat?? sekadar di dalam ruang lingkup selemah-lemah iman.??.setiap hari macamtu?? takutnya memikirkan hal ini.berapa kerat orang yang hendak melakukan hisba dbumi tua ini yang..sedihnya dizaman fitnah ini.sekadar perkongsian dan peringatan buat diri yang serba dhoif lagi hina disisi tuhan,dan perkongsian buat pembaca yang singgah ke blog yang tak seberapa ini..segala yang baik datangnya dari ALLAH swt, dan sgala kelemahan dtngnya dari Allah atas kelemahan ana yang serba lemah lg kerdil ini.

p/s :emm perhatikan betul-betul video Robot diatas pesanan ringkas :

Pertama :Jangan ikut cara sujud,duduk tahiyat akhir robot x betul(sama-sama kita usaha mertingkatkan kualiti ibadat kita.)

Kedua :Jangan ikut robot tak baca doa dan zikir selepas solat,(jangan sombong dengan
ALLAH,orang yang tak berdoa dikira sombong sebaliknya,tawajjuh rendahkan diri dan
berdoalah dengan tenang.

Ketiga :Jangan ikut robot lepas selesai solat dia tepuk tangan bangga diri,sebaliknya
selalu la merasa takut-takut kalau-kalau ibadat kita tidak diterima,namun ambillah peluang Doa banyak-banyak supaya Allah terima ibadat kita sesungguhnya Allah maha
pengasih lagi penyayang.stu lagi ALLAH maha sempurna lagi menyempurnakan,mintalah
supaya Allah sempurnakan ibadah kita dengan baik.

setakat ni dulu perkongsian ana :)

1 comment:

Unknown said...

MUNGKINKAH ROBOT MENGGANTIKAN MANUSIA DALAM IBADAH? MUNGKINKAH RUH MENGAWAL ROBOT SUATU MASA NANTI.....

Wahai Jiwa

Tenanglah..... Bila engkau yakin Allah itu bersamamu Pasti Qolbu mu dapat merasakan bertapa luasnya kuasa Rabb   y...