masjid sultan ismail(msi)
Salam....
Lama terbiar blog ni,betul2 masa yang ada rasa x cukup mungkin kelemahan ana dalam pengurusan masa yg Allah kurniakan 24 jam sehari sampaikan x sempat nak post sesuatu:(hu.hu.apapun hari ni ditakdirkan ALLah swt ana menulis sedikit sekadar perkongsian buat pembaca, baru-baruni ana dan sahabat ana pergi cafe berdekatan dgn kolej kami,..untuk beli makanan berbuka puasa,hari tersebut ana tak dapat berbuka puasa di MSI(masjid di kampus ana)bila sampai counter nak bayar tiba-tiba akak yang menjual tu cakap tak payah bayar,kami terdiam kaku sekejap,kemudian serentak mengeluarkan khalimah suci dari bibir subhanallah dan alhamdulillah,terus berdoa supaya geraitu dimurahkan rezeki, tak sangka pula kami orang pertama masatu, agak awal juga kami beli buka puasa sebab tak nak ulang alik, akak tu maklumkan pada kami setiap orang pertama yang sampai ke gerainye akan dapat free sempena bulan Ramadhan,cuba bayangkan dalam sebulan ada 30 hari dan dia bersedeqah sepanjang bulan ramadhan ni tentu pahala yang berganda Allah berikan untuknya kan jika disertakan dengan niat ikhlas semata-semata kerana Allah,berbeza dengan suasana dibazar selalunya orang yang terakhir berbelanja akan mendapat makanan free sebab banyak jualan tak laku,belaku banyak pembaziran itulah bazar,bazir pasti dan pasti akan berlaku disana,teringat dalam buku yang ana baca I LUV RAMADHAN tajuknye,salah satu tajuk kecilnya nya BAZAR ATAU BAZIR? the moral of story jangan membazir kerana membazir itu sahabt syaitan.apa yang seronoknya kalini, sejarah dalam hidup ana ramadhan tahun ni ana tidak pernah berkunjung ke Bazar ramadhan walaupun sekali..bila terkenang kehidupan sebelum ni analah orang yang paling rajin bila di ajak ke bazar ramadhan :)oleh abg2 dan kakak2 ana.tidak lagi untuk kalini..ana cuba belajar untuk membuang sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri. alhamdulillah perut lebih selamat, lebih terjaga dengan berbuka di MSI(masjid di kampus ana),solat pun lebih tenang dan selesa.pejam celik tak sedar kita dah masuk fasa ke tiga dalam bulan ramadhan(dibebaskan dari api neraka), sama-sama kita menjadikan 10 malam terakhir ramadhan ini sebagai madrasah yang paling baik untuk kita lakukan perubahan dalam hidup kita,jika tidak mampu banyak biar sedikit yang penting istiqomah dalam melakukan.gunakan peluang ini sebaik mungkin sama-sama kita jihad mencari malam yang penuh keberkatan yang perlu kita cari iaitu malam AL-qadar.peluang ini mungkin datang sekali kita tidak pasti dimasa akan datang adakah kita mempunyai jodoh untuk bertemu dengan ramadhan lagi atau sebaliknya kita telah bertemu dengan Allah dengan bekalan yang kita bawa terlalu sedikit.nauzubillahi min zalik
dalam satu hadis dinyatakan : Telah diriwayatkan dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa dia bertanya, "Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?" Beliau menjawab,
"Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha. Sanadnya sahih),
sekadar ini dulu perkongsian dari ana semoga kita tergolong dalam orang-orang yang mendapat kecemerlangan dalam ketiga-tiga fasa ramadhan yang kita lalui ini (1.kerahmatan,2.keampunan(maghfirah),3.dibebaskan dari api neraka).amiin ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment